Tuesday, February 22, 2011

jalan cari makan

assalamualaikum pada semua,,

hari ni da xnak cte sal maktom da,,

hari nak cte pasal jalan cari makan,,
ray nak cte pasal malik,,
malik ni seorang yg agak hensem jgak la sbb tgk ramai gak awek2 dia,,
mmg kalau nak kata kg bukit sireh ni malik la paling hensem skali,

pada suatu hari tu,,
malik berasa lapar sebab tbe2 dia rasa lapar,,
malik pon bjalan ke hulu ke hilir,,
merantau mencari makanan,,
nak wat cane duit xde,,
arap muka je ensem,,
dia pegi masok rumah org sembarangan kna halau,,
bkn stakat kna halau kna baling dgn batang pnyapu plak tu,,
hari da nak senja,, makanan satu habuk pon xdapat lg,,
smua makanan yg ada da abis kna kbas,,
awek2 bkn nak cari makan sndiri
malik gak yg kna cari makanan untuk dorang,,
sesampainya senja malik pun menempik kelaparan dan berkokok seperti ayam yg sdang lapar,,
naseb baik la masa tu faiz dah balik dari kerja,,
malik pon meluru ke arah faiz dan meminta makanan nya seperti hari2 biasa,,
Faiz dgn lteh2 baru lpas keje di kacau oleh malek,,
"pang!!, berani ko nak pow aku"
bunyi faiz menampar malek, tepat2 plak tu kat jerawat batu malek,,
"kalau awek yg kacau xpe la jgak,, ni asek2 kau je"

malek pon diam sebentar,, dan berkata dalam hati
"kalau aku ada tangan mmg masak la ko,,
aku kasik kungfu shaolin tapak tangan ayam,,
mana aku xkacau ko,,
ko tu da salah timing kasik makan aku hari ni"

nasib baik la si faiz ni keje kdai makan,,
faiz pon mngambil makanan yg xabis dari tmpat keje dan melemparkan makanan ke tepi jalan,,,
"dah la malik pegi makan jauh2,, kang aku sembelih ko wat nasi ayam" kata faiz
"apsal plak ko ni?" kata malik
"pasal ko tu ayam la aku wat nasik ayam, bengong binatang ayam" kata faiz
"ouwwwh!!!" sambut gelfren2 malek a.k.a ayam2 betina

akhirnya malek pon dapat ape yg di carinya dari matahari naik td lg,,
iaitu sisa nasi ayam masak sambal belacan,
malik dan gelfren nya pon makan dan sesudah nya malam balik masuk ke reban seperti ayam2 lain,,

sambil bjalan masuk ke rumah faiz membebel sorg2,,
"nasib baik ayam kalau manusia huduh perangai tul la ske pow2 org ni,,"

Friday, February 4, 2011

dedicated story : so naughty

As salam dan selamat tgahari kepada semua,,
hari ini ray telah diberi tugasan untuk menulis sebuah cerita yg di tujukan kepada Apis

dedicated oleh nurul ain :
             eyh wat cite sal apis
             kuikuikui
             mmt kuat ngis
             huhuhuhu


Pada waktu itu suasana sangat sunyi sbb lampu spotlight jalan black out,, sbg seorg yg berjiwa muda apis memang xleh tahan dengan keadaan ini..apis pon melepak dengan lebih lama lagi dengan rakan2 nya...Apabila semua nya dah mengantuk apis pon terpaksa balik awal biasa nya dia xbalik2..

sesampainya di rumah kna lalu ikut liku2 halus dulu,, redah sungai,, redah hutan belantara akhirnya,, "rumah ku syurgaku..waaahh...."kata apis dalam status facebook...

"tok3, mama, mama, mama tolonglah aku bukak pintu,, " apis memanggil ibunya dalam nada lagu dokter cinta..
"owh,, ko balik lambat lg ye,, pegi main jauh2 la aku nak tdo ni" kata papa
"aku takot virus2 denggi papa,, tolong la aku buka pintu" kata apis dalam nada sebak di dada...
"naseb bek skang ni musim denggi meh la masok,," kata papa

apis pon masok dgn gaya lenggang lenggok kesopanan,, dan meluru ke bilik sambil menangis dan memelok bantal spongebob sbg teman...


p/s : cerita ini xde kna mengena dengan sape2 hanya rekaan,, thats all..

Thursday, February 3, 2011

shopping complex

Assalamualaikum kepada semua,,
hari ini ray tbe2 merasakan nk menceritakan tentang shopping complex..

ape itu shopping complex??haa,, shopping complex adalah kdai ping corn flakes kalau diterjemahkan kemelayuan nya..itu la dia shop ping complex..di mana tiap2 owner kdai di shopping komplek akan menjual corn flake ataupon makan corn flake sbg breakfast..

saya bukan nya nak ctekan pasal sy pnye cte tp macam biasalah maktom punya cte..

Pada suatu hari,, persekitaran angin di shopping complex berbau sungguh aneh,, hal ini kerana mak tom melepaskan kentut sambil berjalan kerana takot diketahui orang..Mak tom sebenar nya bukan nak beli belah sgt,, mak tom cuma nak meng usha2 mamat2 berlegaran d shoping komplek..lagipon kesemua bekas suami2 mak tom kahwin dulu adalah dengan skill usha dan tekel kat shopping complex jgak..."aaaa, da jumpa target" kata mak tom dalam hati,, tp sy dapat tawu jgak sbb sy yg tulis..kita lupe kan perkara ini dan balik kpada mak tom..

mak tom dgn idea strategi memikat pakwe yg bernas mggunakan taktik tergolek untuk plan A dan menyimpan plan B iaitu menulis i love u atas daun macam dalam cte mohabbatein,,

kemudian maktom menunggu masa yg sesuai ditepi eskalator sambil berpura2 melihat map Giant,, apabila jejaka itu turun mggunakan tangga eskalator,, mak tom cpat2 mnjatuhkan diri diatas bahu jejaka itu,, tapi malang nya jejaka itu menepis maktom kerana takot kelumumur terkena pada baju dolce & bagana, D&G yg baru dibeli kat Giant...

"awak xapa2 ke,, cik mm??"
"itsokay,, sy diana daniul dan awk??"
"sy haikal,, neway awk okei kan sy g dulu larh..dan,, ini kad sy kalau ada pape kontek la.."

maktom dgn gembira nya menggenggam tangan dari atas kebawah sambil mlaungkan "yes!!"
maktom sgt gmbira kerana da dapat bakal calon suami yg pakai D&G sbb sblom ni bkas suami maktom pakai baju cap pagoda je,,


ada nak dedicated pada sape2??

Assalamualaikum semua,,
kalau anda rasa anda mempunyai cerita lg bagos dari cerita Ray..
ataupon nak suh ray wat cerita macam anda nak,, boleh je tp anda kna kasik ray

- tajok
- point2 penting

anda boleh la post cerita atau point2 anda kat
email : red_prince30@yahoo.com
atau
fb : ray putramerah

p/s : sila sertakan maklumat yg ada hendaki dibawah cerita anda..untuk tujuan publisiti..

Wednesday, February 2, 2011

Seperti melepaskan batok di tangga

Assalamualaikum kepada semua,,
hari ini ray nak bercerita sket pasal pepatah org tua2 kte iaitu
seperti melepaskan batok di tangga..

Pada waktu itu hujan renyai2, walaupon banjir reda namun banjir seakan ingin timbul lagi,,
akibat suasana ini,, ramai org kampung bukit sireh mengalami demam,, kentot bebunyi halus,, dan ada lelaki yg tbe2 mempunyai suara macam wanita,, banyak pnyakit misteri tp syukur ia nya xmnyebabkan kematian..turut mengalami situasi yg sama adalah dari keluarga mak tom..

setelah melihat keadaan anak nya yang sakit tenat (berumur 5tahun),, mak tom pon mengendong alyssa dengan gaya superman pergi ke bilik tidor tingkat atas hujung skali dpan bilik air..ketika menaiki tapak tangga pertama alyssa  tiba - tiba terbatok,, tiap - tiap anak tangga alyssa mesti terbatok,, syukur Alhamdulillah tangga rumah mak tom xsampai 100..nasib baik tangga rumah mak tom sampai 99 je..jd alyssa terbatok sebanyak 99 kali..

pada keesokan hari nya,, maktom membawa alyssa ke klinik Dr Donald,, mak tom pon menceritakan kejadian pelik yg menimpa Alyssa yg tgh sakit,, semalam kata maktom Alyssa seperti melepaskan batok di tangga,, "kat tempat xde tangga alyssa xbatok pon",, hal ini disedari apabila mak tom terlebih dahulu membawa Alyssa menaiki lift di shopping mall sblom pergi ke klinik Dr Donald..

Dr Donald pon memberi Alyssa ubat demam kk dan menelefon beberapa kontraktor supaya membuat lif di rumah mak tom...Akhirnya Alyssa dah xbatok..

hantu

assalamualaikum kpada semua,,
tajuk kita pada hari ini adalah hantu,,

sebelom kita memulakan cerita saya ingin sekali menerangkan maksud hantu kpd pembaca sekelian,,
hantu adalah kembar kepada hanwan yg dilahirkan pada tahun cicak pokkey,, ibunya mak tom meninggal dunia setelah melahirkan hantu dan hanwan kerana penyakit hidup xmahu mati segan..

hantu dan hanwan mendapat nama ketika maktom bermain kejar2 dengan suami nya fahmi (yg usia nya lbih muda dari mak tom)..ketika itu fahmi dan maktom baru selesai akad nikah,, mereka terlalu seronok kerana dah xharam nak pegang2..tbe2 mak tom tersadung di bawah rembunan pohon durian dan fahmi dengan sepantas kilat cuba menyambut maktom tp usahanya gagal,, maktom rebah kesakitan..Setelah itu mereka berehat di pohon durian itu dan berbual2 kosong..
"papa,, anak kita nanti nak kasik nama ape ea?"
"kita tarok nama cina la mama"
"kenapa plak nak tarok nama cina, papa?"
"sebab nak suh anak kte ni pandai,, org tua2 kata kalau nak pandai kena belajar sampai ke negeri China"
"ow,, mama stuju dgn buah kpala papa..nk ltak lee chong wei ke linn dan,, papa??"
"xnak la cetak rompak nama org,, kita tarok nama han la.."
"papa,, knapa nak ltak nama han??"
"sebab,,,, aduhhhhh!!!"

Dush!! buah durian jatuh tepat keatas kepala fahmi,, dan fahmi meninggal dunia di situ serta merta..
Oleh kerana fahmi tidak menduga yg anak mereka adalah kembar,, maktom pon mengambil jalan mudah dan memberi nama anak nya hanwan dan hantu..



Tuesday, February 1, 2011

cinta

cinta sudah semestinya hadir dalam diri setiap insan di muka bumi ini..
sesungguh nya dari kecil lagi kta telah di tanam dengan perasaan cinta iaitu cinta kpd mama..
bila dah usia meningkat boleh masok sekolah kta mula cinta pada rakan2 kita..
dan semua yg prnah mlalui usia remaja pasti akan merasa cinta pada setiap insan,,
begitu juga yg terjadi padaku...

aku juga mempunyai hati dan perasaan untuk mencintai dan dicintai..
tp mengapa kau tolak cintaku??
mengapa kau pilih lelaki lain,, haa??!!
pada saat dahulu aku pernah bkata pada mu bahawa aku cinta pada mu,,
tp kau xdnga sbb aku cakap dalam hati kecil yg berada disebelah jantung belah kiri...
skarang aku dah xcakap dalam hati,, aku laung kuat2!! aku kata aku cinta pada mu,,
tp kau masih jgak xdga sbb aku laung kat pantai teluk gadung sbb masa tu xde org sme cuti chinese new year..
haritu aku nampak kau,, aku teros renong kat ko,,
di mana saja ko pergi aku ikot..
kali ni aku xkan lepas kan kau..
aku panggil "Alyssa!!,, tgguuu!!
tp ko wat xendah pada aku..
kau pergi jauh dari aku,,
kau pergi dengan menaiki kereta merce bersama dia..
kau dah mula mencintai lelaki itu,,
oh kenapalah kau xpilih aku??
kenapa evan jugak yg kau pilih,,




















owwwwhhh,, Alyssa Soebandono sudah berapa kali ku bilang aku cinta pada mu..

bebas

assalamualaikum semua kita bertemu lagi di sini..
seada nya sy disini sbb sy xde nak kemana2 pon...

kte skarang bcakap tntang bebas,, sblom nak bcakap kna tawu apa itu bebas,,
bebas adalah sebuah syarikat bas milik bey yang dikendalikan oleh mak tom untuk mengambil anak2 sekolah..
sekolah kebangsaan syp2 ye..kalau kapal terbang plak, dia pangey air bus....

da tawu maksod blh la kte cte tntang bebas ni,, pada satu ketika bebas yang dikendalikan oleh mak cik tom tlah telupa mengambil budak2 pada waktu pagi kerana bermain dota sampai subuh,, oleh kerana itu mak cik tom tido dengan bebas...pada tgahri nya, bunyi henfon blackbery bold mak cik tom mendedangkan lagu di bius cinta " aku di bius cinta " lantas mak cik tom mngangkat dan " hello sape disana mak cik tom janda meletop di sini?" yang menelefon pon berkata "kamu kat mana tu? bg sy notis 24 jam knapa kamu tidak punch kad hari ini atau sy akan sbar kan fitnah d facebook pasal kamu masok kerja pagi xpenah mandi" (truuuuut tut trut tut tut...) bunyi telefon diletakkan.. Dengan muka yg tidak menunjukkan sebarang reaksi takot mak cik tom bergegas menuju ke klinik dan membeli mc dari doktor donald dan teros belah..
ape yg dibuat oleh mak tom sangat bebas mengikot naluri,, dia ke pasar mngorat anak teruna main ikot sdap dia je,, disebabkan kebebasan melampau aku dah malas nak tulis dan aku nak post cite ni dengan bebas nya..

wassalam...

rezeki jangan ditolak mouth jangan dicari

 bahasa melayu : rezeki jangan ditolak, mulut jangan dicari

assalamualaikum kepada semua,,
hari ini saya akan bercerita tentang pepatah org dulu - dulu tentang rezeki jangan ditolak mouth jangan dicari,, peribahasa ini telah dicipta oleh mak cik tom ye..pada masa itu ,,adalah situasi zaman penjajahan British,, 
nak di jadikan cerita mak tom telah menjamu JW Bich semasa lawatan nya ke kota raya Bukit Sireh.. mak cik tom atau dikenali mak tom pon menyediakan menu terspesel di alam semesta iaitu resepi turun temurun gulai asam pedas,, JW Bich yg ketika itu masih belom makan tengahari dengan gelojoh tahap dewa mengaut kuah asam pedas dengan tangan seblom mak tom memberi sudu besi cap corox..dari turun temurun lagi org putih iaitu British tidak makan pedas setelah berlaku perisitiwa seorang kanak2 British mati tercekik biji lada..Oleh yang demikian org British xsuka makan pedas,, pada waktu itu JW Bich yang menelan asam pedas tanpa bertanya berapa biji cili yg ditarok dalam asam pedas itu memuntahkan gulai asam pedas mak tom sambil mengeluarkan api...Apabila melihat kejadian ini mak tom amat marah dengan perbuatan sumbang yg dilakukan oleh JW Bich iaitu membazir..mak tom yg tidak berapa pandai speaking London memikirkan ayat untuk memarahi JW Bic..tiba2 mentol lampu bercahaya di atas kepala mak tom lalu mendapat satu ayat bg membuatkan JW Bich memahami kemarahan mak tom dgn berkata,, "hey man,, rezeki jangan ditolak,, mouth jangan dicari" lalu mak tom yg marah menonyoh cili pada mulut JW Bich..


okei disini apa yg sbenar nya dimaksodkan oleh mak tom ialah rezeki yg diberi makan jangan ditolak,, mulut yg nk kna cili jangan dicari..



sekian dari saya,, hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana satu misteri pepatah  rezeki jangan ditolak, mulut jangan dicari telah berjaya di huraikan...
c u later bebeh..